AKU SEORANG PENGEMBARA, BERKELANA, DAGANG DI BUMI ALLAH..

Selasa, 29 Jun 2010

RAMADHAN hadirmu dinanti..

KELEBIHAN RAMADHAN

sedar tak sedar kita sudah menghampiri bulan yang mulia. bulan yang ditunggu-tunggu oleh para auliyaullah. mereka senantiasa menghitung ketibaannya. menanti-nanti saat untuk terus mengabdikan diri kepada Allah. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.


Rujukan :Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

CERPIN MUHASABAH

CERPEN MUHASABAH

"Anakku, tahukah kamu, dengan apa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga dan dengan apa kamu dijauhkan dari neraka?".

Guru melemparkan persoalan sulungnya dalam munaqasyah(perbincanagan) hari itu. Ribuan ulama yang hadir di kala itu dan mereka sedang bermuhasabah sesama mereka. Guru mengambil kesempatan untuk melihat sejauh manakah ketajaman makrifat saya kini.

Saya menjawab, "Dengan erti taqwa yang saya sembahkan kepada Allah, saya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dengan erti khauf(takut) saya dijauhkan dari sambaran api neraka, guru," saya menjawab dengan penuh keyakinan.

Guru menepuk bahu saya sambil menggeleng kepala. Ia bererti, jawapan saya salah. Zun Nun Al-Misri datang dari belakang seraya berkata, "Nampaknya, makrifat anak muda ini masih lemah. Ia menyangka ia memberi kepada Allah. Walhal ibadat yang ia lakukan bukanlah untuk Allah. Taqwanya bukanlah memberikan kebaikan kepada Allah," saya tidak faham apa yang dimaksudkan.

Guru kelihatan menyalami tangan Zun Nun Al-Misri sambil menciumnya. Saya menuruti perbuatan guru. « Anakku, ingat pesan aku. Ibadah yang kamu lakukan sebenarnya hanya untuk dirimu. Taqwa itu hanya untuk dirimu. Khauf dan raja'(pengharapan) itu juga untuk dirimu. Bukan untuk Allah, » ucapan Al-Misri menggoncangkan jiwa saya.

Guru tersenyum. Al-Misri meneruskan bicaranya, « Ajarilah muridmu ini, bahawa dakwah juga tidak mampu mengubah manusia. Usrah dan tarbiah juga tidak mampu memberikan apa-apa untuk Islam. Yang menjaga hati manusia dan membersihkannya hanyalah Allah. Kita hanya alat, » ujar Al-Misri kemudiannya meninggalkan kami.

Saya kekeliruan. « Guru, telusnya, saya tidak memahami ungkapan al-Misri. Guru menarik saya merapatinya. Sambil guru berbisik, « Anakku, apakah layak taqwa kita yang cetek ini untuk memasukkan kita ke dalam syurgaNya yang seluas langit dan bumi ? Apakah mampu ketakutan yang kita sembahkan kepada Allah memadamkan neraka ? »

Saya terkedu. Teringat satu kalam Allah yang berbentuk ancaman. "Hari yang mana Kami bertanya kepada Jahannam, masihkah ada ruang kosong? Jahannam bertanya balik, "Apakah masih ada manusia yang ingin dilemparkan ke dalamku."

Neraka ini tempat kotoran. Guru membuat tamsilan. Seolah-olah engkau merapatkan hidungmu ke dalam mangkuk tandas dan menjilat serta menggigit najisnya. Aduh, loya saya mendengarnya.

Seolah-olah, ambil tahi yang kotor dan dilumurkan ke muka engkau. Sanggupkah?

Bahkan neraka jauh lebih teruk berbanding itu. Guru bertanya lagi, "Anakku, sudahkah kamu bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian? Sudahkah kamu mendidik adik-adik usrahmu agar bersedia menghadapi saat-saat itu? Saat yang mana tiada guna kelantangan suara kamu menentang kezaliman sedangkan hati kamu kotor.

"Saat yang mana tiada guna perjuangan kamu jika jiwa kamu penuh dengan daki-daki maksiat. Saat itu adalah saat untuk orang yang berhati bersih."

Sebagaimana firman Allah. "Yang berhati bersih itu adalah yang takut kepada Allah ketika ia sendirian:.

Guru bertanya lagi. "Apakah kamu pernah menitiskan air mata? Atau kamu hanya banyak ketawa. Anakku, sesungguhnya Allah menyeru agar sedikitkan ketawa dan banyakkan menangis. Hati yang gelap itu mudah menerima kotoran maksiat. Bermakna hati kamu jika tidak dibersihkan, adalah ibarat tandas yang penuh dengan limpahan tahi."

Khamis, 17 Jun 2010

PETUA IMAM AS-SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Selasa, 15 Jun 2010

ARDUL KINANAH

KUBU ISRAELMONUMEN LEMBU SAMIRI

PUNCAK JABAL MUSA

AIDUL FITRI


ZINNIRAH satu nama

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.


Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka. Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.


Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi.


Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.


Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam.


Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.


Apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.


Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar.


Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah."Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, "Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku."


Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya." Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. "Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

analisa

analisa,analisa
analisa siapa kita

adakah mengucap kalimah syahadah,
solat 5 waktu puasa zakat,
pergi ke mekah tunaikan haji telah dikira muslim sejati,
sedangkan sembahyang tiada kehusyukan,
puasa dikejar banyak kekurangan,
tunaikan zakat kerana terpaksa,
tunaikan haji untuk pangkat dan nama

analisa,analisa
adakah islam sempurna

kita mengaku adanya tuhan
namun larangan tetap dilakukan
para malaikat kiri dan kanan
tidak diendah akan kehadiran
percaya rasul dan para nabi
sunah mereka tak dituruti
quran dibaca tiada penghayatan
intipatinya tidak diamalkan
hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
qadak dan qadar telah ditentukan
ditimpa musibah hilangnya redha dan
kesabaran.....

analisa,analisa...
adakah iman sempurna...

makhluk termulia
di mayapada
kerana tinggi akhlak dan taqwa
tapi sekiranya ia tiada
renungkan diri cari jawapannya...

analisa...(setinggi manakah taqwa)
analisa...(semulia manakah kita)
analisa...(adakah kita hamba padanya?)
tanyalah diri kita.....

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara

Duhai insan,sedarlah dirimu..
Kemana akan pergi,selepas hidup ini,
Sudahkah bersedia dirimu ke sana,
Membawa amal dunia,atas dosa-dosa..

Disana tangisan tiada guna,
Rayuan tiada diterima,
Jasad kesakitan,menanggung azab
Atas perbuatan hidup didunia...

Disana tempat kita kembali,
Hamba yang berdosa akan dihukumi,
Hamba yg mulia,akan dirahmati
Sebagai anugerah dari Ilahi...

Manusia di zaman sekarang,
Lalai dgn kehidupan,
Mereka lalai dgn kenikmatan,
Dan juga lalai pada Tuhan...

Mereka tahu adanya Tuhan,
Tapi mereka tidak menunaikan kewajipan,
Mereka tahu benarnya Quran,
Tapi mereka tidak mengambil pengajarannya..

Mereka juga tahu adanya dosa pahala,
Mereka tahu adanya syurga neraka,
Namun mereka masih tidak mentaati perintah Tuhan,
Yang Maha Esa...

Wahai manusia sedarilah,insafilah,
Bertaubatlah berdoa,
Bersedekahlah semoga,
Tuhan memberkati hidupmu...

Manusia....sedarilah...
Manusia....insafilah...

Terkenang sebuah memori lalu
KIsah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan, taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku
Tabahkanlah hatinya
Kuatkan semangatnya utk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu
Agar hidupnya sejahtera didunia dan akhirat...


Isnin, 14 Jun 2010

10 surah pilihan

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.



3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.



8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."



9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.



10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

salam ukhwah

salam perkenalan dan selamat datang ke blog ini.
Related Posts with Thumbnails