AKU SEORANG PENGEMBARA, BERKELANA, DAGANG DI BUMI ALLAH..

Isnin, 27 September 2010

Kiamat itu sangat hampir

Tanda-tanda Dekatnya Kiamat.

1. Kewafatan Rasullulah
2. Penaklukan Baitul Maqdis
3. Wabak Penyakit




Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Hitunglah ada enam peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat, iaitu kematianku, kemudian penaklukan Baitul Maqdis kemudian terjadinya kematian yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Sohehnya dari Anas bin Malik pada “Kitabul Jizyah wa al-Muwa‘idah”, juz 6, dan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Mu’az bin Jabal.).


Berdasarkan hadis Rasullulah di atas, semuanya sudah terjadi pada zaman sekarang. Kewafatan Rasullulah, penaklukan Baitul Maqdis dan wabak penyakit seperti penyakit Qu'as. Penaklukan Baitul Maqdis telah diperintah dan ditakluk oleh Islam dan Kristian selepas kewafatan Rasullulah dan akhirnya ditakluk dan ditawan oleh Zionis sehinggalah sekarang dan mereka sedang melakukan pelan mereka untuk merobohkan Al-Aqsa untuk membina Temple Solomon. Wabak penyakit yang dimaksudkan itu adalah selesema burung dan khinzir yang berlaku sejak kebelakangan ini dan tidak pernah berlaku pada zaman Rasullulah.



4. Zina Bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
Sahih Muslim

Jika kita lihat situasi zaman sekarang, seks sebelum berkahwin seakan menjadi satu kelaziman dan ia berleluasa di sana-sini. Betapa banyaknya video-video klip rakaman sendiri yang tersebar di internet bak cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir setiap hari ada berita di dada akhbar, bayi dibuang. Bertudung, tidak bertudung semuanya seakan tidak terlepas dari kenyataan perit ini.


5. Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -
Ibnu Majah


Sudah terang lagi bersuluh. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang perkara ini kerana saya percaya anda semua sudah cukup biasa. Penyanyi wanita dan alat musik menjadi kebiasaan yang amat sangat.


6. Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
Riwayat Nasai


Tanda ini juga telah terjadi pada zaman sekarang. Masjid dibina bukan bertujuan untuk mendirikan solat kepada Allah tetapi lebih kepada kemegahan dan kebanggaan!


7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
Riwayat Thabrani


Tanda ini juga telah lama terjadi. Mustafa kamal Ataturk antaranya yang telah menjatuhkan Khilafah Turki. Pada zaman sekarang pon hal ini terjadi. Tidak perlu diulas panjang kerana anda semua sudah tahu akan perkara ini.


8. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Adakah hadis ini sesuai menggambarkan keadaan wanita zaman sekarang? Oh, sudah semestinya! Lihat sahaja cara wanita zaman sekarang berpakaian. Anda sedia maklum.

9. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."
Sahih Muslim


Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui tanda ini juga telah berlaku di Arab Saudi. Pernahkah anda mendengar Tabuk di Arab Saudi? Di tengah-tengah gurun telah dibina padang rumput yang hijau. Dan Tabuk ini turut mengeksport bunga-bunga yang ditanam di padang itu ke Mesir. Kawasan gurun menjadi subur dengan padang rumput dan sistem perairan (sungai).


10. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)."
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Juga telah lama terjadi di dunia ini. Manusia terlalu leka mengejar kemewahan dunia yang melekakan kita dengan tujuan utama kita hidup di dunia ini. Harta bendalah yang paling penting untuk dikejar, sehingga kita lupa diri.



Ini hanyalah sebahagian dari tanda-tanda kecil kiamat yang telah lama berlaku dan sedang berlaku. Banyak lagi tanda-tanda lain yang akan saya kongsikan. Percayalah, masa kian menghimpit kita ke pengakhiran tanpa kita sedari.

Isnin, 20 September 2010

Hadir Hati Ketika Solat

Bagi mendapatkan rasa khusu` dalam solat kita perlu :

Hadir Hati

-mengosongkan hati dari perkara-perkara selain dari apa yang sedang kita buat dan ucapkan.
-hadir hati > faham makna > mengagungkan Allah SWT > rasa sangat takut
-ketahuilah bahawa hadirnya hati disebabkan ada keinginan yang tinggi,kerana hatimu mengikut keinginan kamu.
-hati yang tidak hadir dalam solat bukan kerana hati itu rosak, tetapi kerana hati itu berjalan-jalan mengikut keinginan kamu yang berpaling kepada urusan dunia.
-tidak ada cara dan penawar untuk menghadirkan hati melainkan dengan mengarahkan keinginan kita kepada solat.
-keinginan tidak akan terarah kepada solat selagi tidak jelas tujuan yang dituntut untuk solat;iaitu iman dan membenarkan bahawa akhirat lebih baik dan kekal,dan solat adalah jalan untuk menuju kepadanya(akhirat).

• Faham

-sentiasa berfikir, dan memalingkan pemikiran untuk mendapatkan makna
-caranya ialah dengan sentiasa menumpukan fikiran,mengelakkan lintasan-lintasan hati,dan memutuskan faktor-faktor yang boleh mendorong kepadanya (lintasan hati).

• Mengagungkan Allah SWT

-ia adalah keadaan hati yang lahir dari 2 makrifah:
i. Kenal keagungan Allah SWT. ia adalah dari dasar-dasar iman.
ii. Kenal hinanya diri kita dan jijiknya kita sebagai hamba.

• Gerun dan takut

-rasa takut dalam diri lahir dari mengenali kekuasaan Allah SWT(azabNya, kematian,dll)
-semakin meningkat ilmu seseorang tentang Allah SWT, semakin bertambah rasa takut dan gerun kepadaNya.

• Harap

-kenal kebaikan Allah SWT dan kemuliaanNya,nikmat2Nya yang umum,tahu kebenaran janji-janjiNya bahawa kita akan mendapat syurga dengan menunaikan solat.
-apabila ada keyakinan kepada Allah SWT terhadap janji-janjiNya, dan mengetahui kebaikanNya akan terbangkitlah rasa harap kita terhadap kedua-dua perkara tersebut.

• Malu

-hendaklah rasa cuai, kekurangan dalam ibadah, dan lemahnya kita untuk berdiri mengagungkan hak Allah Azza Wajalla.
-ini dikuatkan dengan kita mengenali kekurangan2 dan keburukan2 diri kita, kurangnya keikhlasan, dan kecenderungan kita kepada keuntungan2 yang segera(dunia).

Selasa, 27 Julai 2010

Cinta Orang Mukmin lebih kuat untuk Allah

Cinta Orang Mukmin lebih kuat untuk Allah

وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ


Cinta Orang Mukmin Lebih Mendalam Untuk Allah swt.
Makam Rasullah saw


هل نحن المؤمنون فى الحقيقة؟ ولكن لما لا نعمل ما يأمرنا ربنا ونحن حينئذ ما عندنا أى شيء من الَضرورة؟


Adakah kita betul-betul orang yang beriman , tetapi kenapakah kita tidak melaksanakan perintah Allah swt, sedangkan kita pada masa itu tidak ada sebarang keuzuran?

~ 165 ~


وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً َأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ


165. Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu. mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).


قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ



24. Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Hadis


Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulallah, apa iman itu?” Rasulullah saw menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada apa pun selain keduanya.” Dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Anas bin Malik: Tidak beriman kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai dari siapa pun selain mereka.

Kemudian dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Tidak beriman kamu sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai dari keluarganya, hartanya, dan seluruh umat manusia.”

Rasulullah saw bersabda: Kalau kita mencintai saudara kita, ungkaplah kecintaan itu. Kalau bapa mencintai anak, ungkaplah kecintaan itu kepada anak-anaknya, jangan disembunyikan kerana kecintaan itu menimbulkan berkah.

Sebuah Kisah

Ada seorang anak yang menderita sepanjang hidupnya, kerana ia mengira bapanya tidak mencintainya. Suatu saat ketika bapanya sekaratul maut di rumah sakit, menghembuskan nafasnya yang terakhir, anak itu tidak datang juga kerana ia tahu bapanya tidak menyukainya.

Ibunya bercerita bahawa sebelum meninggal dunia, bapanya mengatakan bahawa ia sangat mencintai anaknya dan bangga akan anaknya. Anak itu menjerit keras kerana selama ini ia membenci bapanya dengan dugaan bahawa bapanya tidak mencintainya. Padahal di saat-saat terakhir, bapanya mengungkapkan bahawa ia cinta anaknya.

Kita dianjurkan, jika kita mencintai seseorang, kita harus mengungkapkan kecintaan itu. Dan itu lebih menyenangkan. Kita bahagiakan orang lain dengan kecintaan kita. Kalau kita sembunyikan, orang lain tidak akan tahu dan ia tidak akan bahagia kerana kecintaan kita.


Doa


عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه كان يقول في دعائه : اللهم ! ارزقني حبك ، وحب من ينفعني حبه عندك . اللهم ! ما رزقتني مما أحب ، فاجعله قوة لي فيما تحب . اللهم ! ما زويت عني مما أحب ، فاجعله فراغا لي فيما تحب

الراوي: عبدالله بن يزيد المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 3491

الدرجة: حسن غريب


Ya Allah, berilah daku kecintaanMu, dan Kecintaan sesiapa yang memberikan manfaat untukku pada cintanya disisiMu.

Ya Allah, apa yang dikau berikan padaku dari apa yang daku cintai, maka jadikanlah ia sebagai sumber kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Allah, dan apa yang dikau sisihkan daripadaku dari apa yang daku cintai, maka jadikanlah ia sebagai penumpuan untukku pada apa yang dikau cintai.

auni zinnirah




dah pandai pegang botol sendiri..

Related Posts with Thumbnails