AKU SEORANG PENGEMBARA, BERKELANA, DAGANG DI BUMI ALLAH..

Isnin, 20 September 2010

Hadir Hati Ketika Solat

Bagi mendapatkan rasa khusu` dalam solat kita perlu :

Hadir Hati

-mengosongkan hati dari perkara-perkara selain dari apa yang sedang kita buat dan ucapkan.
-hadir hati > faham makna > mengagungkan Allah SWT > rasa sangat takut
-ketahuilah bahawa hadirnya hati disebabkan ada keinginan yang tinggi,kerana hatimu mengikut keinginan kamu.
-hati yang tidak hadir dalam solat bukan kerana hati itu rosak, tetapi kerana hati itu berjalan-jalan mengikut keinginan kamu yang berpaling kepada urusan dunia.
-tidak ada cara dan penawar untuk menghadirkan hati melainkan dengan mengarahkan keinginan kita kepada solat.
-keinginan tidak akan terarah kepada solat selagi tidak jelas tujuan yang dituntut untuk solat;iaitu iman dan membenarkan bahawa akhirat lebih baik dan kekal,dan solat adalah jalan untuk menuju kepadanya(akhirat).

• Faham

-sentiasa berfikir, dan memalingkan pemikiran untuk mendapatkan makna
-caranya ialah dengan sentiasa menumpukan fikiran,mengelakkan lintasan-lintasan hati,dan memutuskan faktor-faktor yang boleh mendorong kepadanya (lintasan hati).

• Mengagungkan Allah SWT

-ia adalah keadaan hati yang lahir dari 2 makrifah:
i. Kenal keagungan Allah SWT. ia adalah dari dasar-dasar iman.
ii. Kenal hinanya diri kita dan jijiknya kita sebagai hamba.

• Gerun dan takut

-rasa takut dalam diri lahir dari mengenali kekuasaan Allah SWT(azabNya, kematian,dll)
-semakin meningkat ilmu seseorang tentang Allah SWT, semakin bertambah rasa takut dan gerun kepadaNya.

• Harap

-kenal kebaikan Allah SWT dan kemuliaanNya,nikmat2Nya yang umum,tahu kebenaran janji-janjiNya bahawa kita akan mendapat syurga dengan menunaikan solat.
-apabila ada keyakinan kepada Allah SWT terhadap janji-janjiNya, dan mengetahui kebaikanNya akan terbangkitlah rasa harap kita terhadap kedua-dua perkara tersebut.

• Malu

-hendaklah rasa cuai, kekurangan dalam ibadah, dan lemahnya kita untuk berdiri mengagungkan hak Allah Azza Wajalla.
-ini dikuatkan dengan kita mengenali kekurangan2 dan keburukan2 diri kita, kurangnya keikhlasan, dan kecenderungan kita kepada keuntungan2 yang segera(dunia).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails