AKU SEORANG PENGEMBARA, BERKELANA, DAGANG DI BUMI ALLAH..

Khamis, 1 Julai 2010

BONUS yang ditunggu-tunggu..

KELEBIHAN RAMADHAN DAN PUASA

Bulan Ramadhan adalah bulan agung yang penuh dengan keberkatan
sebagaimana yang disebut sendiri oleh Rasulullah SAW ketika baginda
menyampaikan sebuah pidato di hadapan sahabat-sahabatnya pada hari yang
terakhir dalam bulan Syaaban. Salman Al Farisi meriwayatkan hadith yang bermaksud:
“ Rasululah SAW telah berpidato dihadapan kami pada hari akhir bulan
Syaaban Baginda berkata : Wahai manusia kamu dinaungi oleh bulan agung
yang penuh keberkatan iaitu bulan yang di dalamnya ada malam yang lebih
baik dari seribu bulan , bulan yang ALLah menjadikan puasanya sebagai
fardhu dan solat tarawikh di malam harinya sebagai sunat. Barangsiapa yang
mengerjakan kebajikan di dalamnya (akan dibalasi) seperti orang yang
mengerjakan fardhu di bulan –bulan yang lain. Manakala orang yang
membuat fardhu (akan dibalasi ) seperti orang yang membuat tujuh puluh
fardhu pada bulan –bulan yang lainnya . Dialah bulan bersabar , balasan
bersabar itu adalah syurga dan bulan berkasih sayang dan bulan yang akan
ditambah rezki orang yang beriman .”
(H.R Ibnu Khuzaimah di dalam kitab sahihnya )

Huraian hadith
Rasulullah Saw menyebut perkataan (azhil) yang bermakna “menaungi”
tempat berteduh daripada kepanasan , tempat rehat daripada keletihan .
Kenapa bulan Ramadhan disebut sebagai tempat rehat atau tempat
berteduh?Kerana kita sudah keletihan dan kepanasan akibat mengharungi
perjalanan selama sebelas bulan , meniti liku-liku hidup yang penuh cabaran.
Kita memerlukan kerehatan yang cukup dan kita memerlukan kekuatan
yang baru.Kekuatan orang yang beriman ialah dengan mendampingkan diri
kepada sumber kekuatan itu iaitu ALLAH SWT.

Kerana itu kita perlu singgah di stesyen yang bernama Ramadhan supaya
kita dapat meneruskan perjalanan hidup kita dengan tenang dan segar.
Seperti juga kita disuruh singgah di stesyen lain yang bernama subuh ,
zohor, asar, maghrib, Isya’ untuk mengambil kekuatan dari Sumber
Kekuatan , supaya hidup kita tenang . Sama keadaannya dengan sebuah
kereta yang menempuh perjalanan yang jauh perlu singgah di beberapa
stesyen untuk mengisi petrol supaya ia dapat meneruskan perjalanannya ,
jika tidak mungkin kereta itu tidak boleh bergerak dan tidak sampai kepada
matlamatnya.

Mengenai perjalanan jauh dan tempat berteduh ini , ada juga disebut oleh
Rasulullah SAW didalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin
Mas’ud ketika beliau menjumpai Rasulullah SAW tidur di atas hamparan
yang kasar shingga berbekas kepada kulit baginda yang mulia .Lalu Ibnu
Mas’ud berkata “Izinkan saya mencari hamparan yang empuk supaya tuan
dapat tidur dengan selesa “ maka dengan pantas Baginda SAW menjawab :
“Apalah aku dengan dunia ini , melainkan bagaikan pengembara
yang berteduh sekejap di bawah pokok kemudian ia meneruskan
perjalanannya dan meninggalkannya “

Rasulullah SAW menyebut (yastazhil) iaitu berteduh sekejap di bawah
pokok , kemudian ia meninggalkan pokok itu untuk meneruskan
perjalanannya , kerana perjalanannya masih jauh lagi.Begitulah
kita dengan dunia yang kita kejar-kejar ini , hanyalah tempat
berteduh sebentar , kerana perjalanan kita masih jauh iaitu alam
barzakh dan alam akhirat.

Jadikanlah bulan Ramadhan tempat untuk kita memulihkan kembali rohani kita yang telah dilemahkan oleh nafsu dan syaitan. rebutlah peluang sebaik-baiknya kerna banyak kemudahan,bonus2 menanti kita. jika kita snggup bertungkuslumus bekerja semata2 nak bonus dunia apakah tegar kita nak biarkan bonus dari Allah Taala di biarkan berlalu. latihlah diri kita dari sekarang agar bersedia memasuki Bulan Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails