AKU SEORANG PENGEMBARA, BERKELANA, DAGANG DI BUMI ALLAH..

Khamis, 1 Julai 2010

BONUS yang ditunggu-tunggu..

KELEBIHAN RAMADHAN DAN PUASA

Bulan Ramadhan adalah bulan agung yang penuh dengan keberkatan
sebagaimana yang disebut sendiri oleh Rasulullah SAW ketika baginda
menyampaikan sebuah pidato di hadapan sahabat-sahabatnya pada hari yang
terakhir dalam bulan Syaaban. Salman Al Farisi meriwayatkan hadith yang bermaksud:
“ Rasululah SAW telah berpidato dihadapan kami pada hari akhir bulan
Syaaban Baginda berkata : Wahai manusia kamu dinaungi oleh bulan agung
yang penuh keberkatan iaitu bulan yang di dalamnya ada malam yang lebih
baik dari seribu bulan , bulan yang ALLah menjadikan puasanya sebagai
fardhu dan solat tarawikh di malam harinya sebagai sunat. Barangsiapa yang
mengerjakan kebajikan di dalamnya (akan dibalasi) seperti orang yang
mengerjakan fardhu di bulan –bulan yang lain. Manakala orang yang
membuat fardhu (akan dibalasi ) seperti orang yang membuat tujuh puluh
fardhu pada bulan –bulan yang lainnya . Dialah bulan bersabar , balasan
bersabar itu adalah syurga dan bulan berkasih sayang dan bulan yang akan
ditambah rezki orang yang beriman .”
(H.R Ibnu Khuzaimah di dalam kitab sahihnya )

Huraian hadith
Rasulullah Saw menyebut perkataan (azhil) yang bermakna “menaungi”
tempat berteduh daripada kepanasan , tempat rehat daripada keletihan .
Kenapa bulan Ramadhan disebut sebagai tempat rehat atau tempat
berteduh?Kerana kita sudah keletihan dan kepanasan akibat mengharungi
perjalanan selama sebelas bulan , meniti liku-liku hidup yang penuh cabaran.
Kita memerlukan kerehatan yang cukup dan kita memerlukan kekuatan
yang baru.Kekuatan orang yang beriman ialah dengan mendampingkan diri
kepada sumber kekuatan itu iaitu ALLAH SWT.

Kerana itu kita perlu singgah di stesyen yang bernama Ramadhan supaya
kita dapat meneruskan perjalanan hidup kita dengan tenang dan segar.
Seperti juga kita disuruh singgah di stesyen lain yang bernama subuh ,
zohor, asar, maghrib, Isya’ untuk mengambil kekuatan dari Sumber
Kekuatan , supaya hidup kita tenang . Sama keadaannya dengan sebuah
kereta yang menempuh perjalanan yang jauh perlu singgah di beberapa
stesyen untuk mengisi petrol supaya ia dapat meneruskan perjalanannya ,
jika tidak mungkin kereta itu tidak boleh bergerak dan tidak sampai kepada
matlamatnya.

Mengenai perjalanan jauh dan tempat berteduh ini , ada juga disebut oleh
Rasulullah SAW didalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin
Mas’ud ketika beliau menjumpai Rasulullah SAW tidur di atas hamparan
yang kasar shingga berbekas kepada kulit baginda yang mulia .Lalu Ibnu
Mas’ud berkata “Izinkan saya mencari hamparan yang empuk supaya tuan
dapat tidur dengan selesa “ maka dengan pantas Baginda SAW menjawab :
“Apalah aku dengan dunia ini , melainkan bagaikan pengembara
yang berteduh sekejap di bawah pokok kemudian ia meneruskan
perjalanannya dan meninggalkannya “

Rasulullah SAW menyebut (yastazhil) iaitu berteduh sekejap di bawah
pokok , kemudian ia meninggalkan pokok itu untuk meneruskan
perjalanannya , kerana perjalanannya masih jauh lagi.Begitulah
kita dengan dunia yang kita kejar-kejar ini , hanyalah tempat
berteduh sebentar , kerana perjalanan kita masih jauh iaitu alam
barzakh dan alam akhirat.

Jadikanlah bulan Ramadhan tempat untuk kita memulihkan kembali rohani kita yang telah dilemahkan oleh nafsu dan syaitan. rebutlah peluang sebaik-baiknya kerna banyak kemudahan,bonus2 menanti kita. jika kita snggup bertungkuslumus bekerja semata2 nak bonus dunia apakah tegar kita nak biarkan bonus dari Allah Taala di biarkan berlalu. latihlah diri kita dari sekarang agar bersedia memasuki Bulan Ramadhan.

Selasa, 29 Jun 2010

RAMADHAN hadirmu dinanti..

KELEBIHAN RAMADHAN

sedar tak sedar kita sudah menghampiri bulan yang mulia. bulan yang ditunggu-tunggu oleh para auliyaullah. mereka senantiasa menghitung ketibaannya. menanti-nanti saat untuk terus mengabdikan diri kepada Allah. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.


Rujukan :Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

CERPIN MUHASABAH

CERPEN MUHASABAH

"Anakku, tahukah kamu, dengan apa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga dan dengan apa kamu dijauhkan dari neraka?".

Guru melemparkan persoalan sulungnya dalam munaqasyah(perbincanagan) hari itu. Ribuan ulama yang hadir di kala itu dan mereka sedang bermuhasabah sesama mereka. Guru mengambil kesempatan untuk melihat sejauh manakah ketajaman makrifat saya kini.

Saya menjawab, "Dengan erti taqwa yang saya sembahkan kepada Allah, saya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dengan erti khauf(takut) saya dijauhkan dari sambaran api neraka, guru," saya menjawab dengan penuh keyakinan.

Guru menepuk bahu saya sambil menggeleng kepala. Ia bererti, jawapan saya salah. Zun Nun Al-Misri datang dari belakang seraya berkata, "Nampaknya, makrifat anak muda ini masih lemah. Ia menyangka ia memberi kepada Allah. Walhal ibadat yang ia lakukan bukanlah untuk Allah. Taqwanya bukanlah memberikan kebaikan kepada Allah," saya tidak faham apa yang dimaksudkan.

Guru kelihatan menyalami tangan Zun Nun Al-Misri sambil menciumnya. Saya menuruti perbuatan guru. « Anakku, ingat pesan aku. Ibadah yang kamu lakukan sebenarnya hanya untuk dirimu. Taqwa itu hanya untuk dirimu. Khauf dan raja'(pengharapan) itu juga untuk dirimu. Bukan untuk Allah, » ucapan Al-Misri menggoncangkan jiwa saya.

Guru tersenyum. Al-Misri meneruskan bicaranya, « Ajarilah muridmu ini, bahawa dakwah juga tidak mampu mengubah manusia. Usrah dan tarbiah juga tidak mampu memberikan apa-apa untuk Islam. Yang menjaga hati manusia dan membersihkannya hanyalah Allah. Kita hanya alat, » ujar Al-Misri kemudiannya meninggalkan kami.

Saya kekeliruan. « Guru, telusnya, saya tidak memahami ungkapan al-Misri. Guru menarik saya merapatinya. Sambil guru berbisik, « Anakku, apakah layak taqwa kita yang cetek ini untuk memasukkan kita ke dalam syurgaNya yang seluas langit dan bumi ? Apakah mampu ketakutan yang kita sembahkan kepada Allah memadamkan neraka ? »

Saya terkedu. Teringat satu kalam Allah yang berbentuk ancaman. "Hari yang mana Kami bertanya kepada Jahannam, masihkah ada ruang kosong? Jahannam bertanya balik, "Apakah masih ada manusia yang ingin dilemparkan ke dalamku."

Neraka ini tempat kotoran. Guru membuat tamsilan. Seolah-olah engkau merapatkan hidungmu ke dalam mangkuk tandas dan menjilat serta menggigit najisnya. Aduh, loya saya mendengarnya.

Seolah-olah, ambil tahi yang kotor dan dilumurkan ke muka engkau. Sanggupkah?

Bahkan neraka jauh lebih teruk berbanding itu. Guru bertanya lagi, "Anakku, sudahkah kamu bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian? Sudahkah kamu mendidik adik-adik usrahmu agar bersedia menghadapi saat-saat itu? Saat yang mana tiada guna kelantangan suara kamu menentang kezaliman sedangkan hati kamu kotor.

"Saat yang mana tiada guna perjuangan kamu jika jiwa kamu penuh dengan daki-daki maksiat. Saat itu adalah saat untuk orang yang berhati bersih."

Sebagaimana firman Allah. "Yang berhati bersih itu adalah yang takut kepada Allah ketika ia sendirian:.

Guru bertanya lagi. "Apakah kamu pernah menitiskan air mata? Atau kamu hanya banyak ketawa. Anakku, sesungguhnya Allah menyeru agar sedikitkan ketawa dan banyakkan menangis. Hati yang gelap itu mudah menerima kotoran maksiat. Bermakna hati kamu jika tidak dibersihkan, adalah ibarat tandas yang penuh dengan limpahan tahi."

Khamis, 17 Jun 2010

PETUA IMAM AS-SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Related Posts with Thumbnails